Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka adalah sebuah negara pulau di persisir tenggara India. Sri Lanka hanya bersempadankan laut dengan India di sebelah barat laut dan Maladewa di barat daya. Hingga tahun 1972, dunia atau masyarakat antarabangsa menyebut negara ini dengan nama Ceylon.
Terdapat dokumen-dokumen atau bukti yang menunjukkan bahawa Sri Lanka memiliki sejarah lebih 3000 tahun. Disebabkan lokasi geografi yang sangat strategik, ia menjadikan Sri Lanka sebagai salah satu tempat perhentian zari zaman Jalur Sutera. "Jalur Sutera" digunakan oleh pakar geografi German, Ferdinand Von Richtofan pada abad ke-19 kerana komoditi perdagangan dari China yang banyak berupa sutera hingga Perang Dunia ke-2.
Sri Lanka merupakan sebuah negara pelbagai, dihuni oleh masyarakat yang berbeza agama, suku dan bahasa. Sri Lanka memiliki warisan Buddha yang sangat kaya, yang mana tulisan Buddha pertama adalah ditulis di negara ini. Sri Lanka pernah dilanda konflik etnik selama dua dekad terakhir antara pemerintah dan kelompok minoriti Tamil yang dilakukan oleh Macan Tamil. Macan Tamil adalah organisasi militan yang didirikan pada 5 Mei 1976 dengan tujuan utama untuk mendirikan negara Tamil yang merdeka dan berdaulat disebelah timur laut Sri Lanka. Pada tahun 2009, konflik antara keduanya berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pemerintah.
Sri Lanka adalah sebuah negara Republik. Ibu negaranya ialah Sri Jayawardenapura Kotte, merupakan bandar yang berada di pinggiran bandar terbesar iaitu Colombo. Negara ini terkenal dengan pengeluaran produk teh. Antara produk lain ialah kopi, batu permata,kelapa dan juga rempah seperti kayu manis. Sri Lanka sering disebut sebagai "permata Samudra India" kerana bentuknya dan juga keindahan alamnya.
Berbalik kepada tujuan asal saya ke Sri Lanka, jarang sekalikita mendengar rakyat Malaysia yang melancong ke Sri Lanka. Namun bagi pendaki gunung, Sri Lanka adalah antara salah satu tempat yang mungkin berada di dalam pemikiran terutamanya Gunung Adam (Adam's Peak) kerana terdapat pelbagai mitos dan kepercayaan mengenai tapak kaki misteri yang berada di Puncak Adam itu.
Bermulanya perjalanan menaiki Air Asia (KLIA2) terus ke Lapangan Terbang Bandaranayake, Colombo. Setibanya di Colombo, kami menuju ke Sigiriya dengan menaiki van sewa dan dijangka mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sekadar maklumat, kadar sewa van di sini adalah mengikut jarak perjalanan, bukan mengikut hari. Sila buat anggaran jarak menggunakan google maps untuk menganggar jarak perjalanan anda.
Sepanjang perjalanan, kami singgah di beberapa tempat untuk berehat kerana perjalanan melalui jalan kampung yang amat memenatkan. Saya sempat melihat bagaimana orang kampung memandikan gajah.
Selepas berehat sambil melihat gajah ini mandi, kami meneruskan perjalanan ke Lion Rock. Kami tidak mendaki ke puncak Lion Roc kerana waktu sudah agak lewat dan perjalanan harus diteruskan ke bandar Kandy untuk bermalam. Tiket masuk ke Lion ROck ini adalah Usd 30 dan masa yang diperlukan untuk melawat Lion Rock ini sekitar satu jam setengah hingga dua jam. Memandangkan ajaran Budhha merupakan amalan terbesar penduduk Sri Lanka, maka Lion Rock ini uga merupakan tempat ibadat bagi pengikut ajaran Buddha.
Sebenarnya apa yang menarik perhatian saya untuk ke Lion Rock ini adalah bentuknya seperti singa. Sekiranya anda ialah peminat cerita kartun Thundercats, anda pasti dapat mengenali rupa pintu masuk Lion Rock ini.
![]() |
Lion Rock dari pandangan tepi |
![]() |
Pintu masuk Lion Rock (Sumber Internet) |
![]() |
Sama kan???? |
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke bandar Kandy dan singgah sebentar di Dambulla Cave. Tiket masuk ke Dambulla Cave adalah Usd 10 dan menurut pemandu van, pengunjung harus membuka tudung, menyinsing lengan baju hingga ke bahu dan melipat seluar hingga ke paras lutut tanda hormat bila mengunjuk ke tempat ibadah ini. Kami cuma melihat Dambulla Cave dari dalam Van dan meneruskan perjalanan kami.
Dalam perjalanan, sekali lagi kami dibawa melawat ke taman spice & herba. Kami singgah agak lama disini kerana layanan penerangan yang diberikan oleh guide di taman ini agak menarik perhatian kami. Guide merupakan seorang doktor pelatih jurusan perubatan herba di salah sebuah hospital di Sri Lanka.
![]() |
Orked Vanilla di mana perisa vanilla diperolehi |
![]() |
Taman Herba |
![]() | ||
Penerangan oleh doktor pelatih |
Kami sampai ke Kandy awal malam, Kandy merupakan ibu negara kota Sri Lanka suatu masa dahulu. Kami menginap di City Hotel, malam itu, hanya saya dan isteri sahaja keluar makan dan rakan-rakan yang lain tidak keluar kerana terlalu penat. Saya dan isteri hanya membeli nasi goreng bungkus sahaja kerana agak risau keselamatan diwaktu malam.
Waktu itu, berlaku kekecohan diperingkat pemimpin mereka yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Dalam perjalanan pulang ke hotel, kedengaran bunyi letupan yang mat kuar selang beberapa jalan dari laluan kami. Kami terus berlari menuju ke hotel dan bertanyakan tentang perkara yang berlaku. rupanya rakyat meletupkan mercun serentak sebaik sahaja parlimen mereka habis bersidang pada malam itu tanda protes kepada kerajaan mereka. Alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak diingini kepada kami berlaku pada malam itu.
![]() |
Hotel tempat kami menginap |
Keesokan harinya (hari kedua), suasana pagi adalah seperti biasa, kelihatan rakyat sibuk keluar untuk bekerja. Kami berjalan mencari kedai untu bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan kami. Kami bersarapan di Muslim Hotel bandar Kandy. Tidak sukar untuk mencari makanan halal di Sri Lanka kerana terdapat ramai orang tempatan yang beragama Islam dan di mana-mana sahaja di Sri Lanka mudah terjumpa masjid.
Selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan dan kami di bawa ke atas bukit di bandar Kandy. Dari pemandangan ini, kami berpeluang melihat keseluruhan bandar Kandy, patung Buddha besar dan Tasik Kandy. Di Kandy juga terdapat Temple of Tooth iaitu tempat suci mengikut kepercayaan Buddha.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Nuwara Eliya menyusuri jalan di Universiti Peradeniya. Kami singgah sebentar di pinggir jalan dimana terdapatnye sepohon tua yang berusia lebih seratus tahun yang agak menarik untuk dilihat. Pokok yang menpunyai dahan yang melingkar dan bercabang banyak ini dikebali sebagai "giant javan fig tree'
![]() |
Giant Javan Fig Tree |
Kami meneruskan perjalanan ke Nuwara Eliya dan perjalanan keseluruhan melalui ladang teh. Sri Lanka merupakan pengeluar Teh Ceylon tersebsar di dunia. Kami berhenti sebentar untuk berehat sambil menikmati suasana teh di kawasan ini.
![]() |
Sedia maklum siapa itu Rothchild |
Kami juga sempat singgah disebuah kilang memproses teh ketika dalam perjalanan hari kedua ini. Kami berpeluang melihat cara pemprosesan teh. Proses membuat teh ni sama je kalau kita tengok di Cameron Highland dan mungkin sama di serata dunia. Tapi kami tengok juga, mana tahu kalau ada kelainan berbanding di Malaysia.
Gunung Pedro (Piduruthalagala)
Selepas makan kami menaiki van menuju ke Mount
Pedro atau Gunung Piduruthalagala. Gunung ini adalah gunung tertinggi di Sri
Lanka dan ianya ini tidak boleh didaki (berjalan/trekking) kerana dikawal oleh
Angkatan Tentera Sri Lanka. Ketinggian gunung ini adalah 2524 mdpl dan puncaknya
merupakan kawasan pengkalan system komunikasi pusat angkatan tentera dan
peranti komunikasi penting negara Sri Lanka. Kami ke puncaknya dengan menaiki
van setelah melaporkan diri di pondok kawalan di kaki gunung. Apa yang menarik,
kami tidak perlu berjalan, hanya menaiki van untuk terus ke puncak.
Selesai bergambar, kami terus turun. Kelihatan
terlalu banyak pokok renek dan bonzai yang sangat cantik. Malangnya kami
tidak dibenarkan untuk keluar dari van kami kerana dikhuatiri akan diserang
harimau bintang (leopard).
Setibanya di Nuwara Eliya, kami berehat beberapa
minit sebelum meneruskan perjalanan ke Nallathanni. Nuwaran Eliya ini merupakan
salah sebuah bandar yang amat cantik. Kebanyakan bangunan mempunyai rekabentuk
British dan kawasan ini dikatakan kawasan masyarakat elit/kaya.
Kami
meneruskan perjalanan ke bandar Nallathanni untuk mendaki Gunung Adam atau
lebih dikenali dengan nama 'Adam's Peak'. Perjalanan ke Nallathanni mengambil
masa sekitar 4 jam. Kami singgah sebentar di perhentian air terjun St Clair
Fall dan juga Devon Fall.
![]() |
Devon Fall |
Kami singgah dan minum sebenter di Teh Castle
yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Devon Fall. Teh Castle dibina dua
tingkat dan menaiki tangga berbentuk spiral menuju ke tingkat atas kami melihat
Devon Fall lebih jelas.
Kami meneruskan perjalanan menuju bandar
Nallathanni dan perjalanan masih melalui ladang teh di kiri dan kanan jalan.
Kami sampai di Delhousie (Hotel kami menginap) awal malam dan setelah
"checkin" kami terus berehat dan tidur awal kerana pendakian ke Adam
Peaks akan bermula seawal jam 2:00 pagi
![]() |
Persekitaran kaki Gunung Adam |
Gunung Adam (Adam's Peak / Puncak Adam)
Adam's Peak juga dikenali sebagai Gunung Adam
berketinggian 2,243mdpl (7,359 ft) terletak di tengah-tengah pulau Sri
Lanka. Ia turut dikenali sebagai Sri Pada ("tapak kaki suci"),
yang merujuk kepada kewujudan sebuah batu yang mempunyai lekuk seperti kesan
tapak kaki sepanjang 1.8 meter di atas puncak gunung. Dalam fahaman penganut
agama Buddha, kesan tapak kaki itu dianggap sebagai tapak kaki Buddha, manakala
dalam kepercayaan Hindu ia dianggap sebagai kesan tapak kaki Dewa Siva dan bagi
penganut Muslim, serta sesetengah penganut agama Yahudi dan Kristian ia
dianggap sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam a.s. ketika mula-mula baginda
diturunkan ke bumi dari Syurga. Namun cerita sebenar hanya Allah s.w.t
sahaja yang mengetahui.
Seawal jam 2.00 pagi, kami berkumpul untuk
memulakan perjalan pendakian ke Gunung Adam. Pendakian dijangka mengambil masa
antara 3 hingg 5 jam bergantung kepada kekuatan pendaki. Jarak perjalanan
adalah sejauh 7km, 2 km pertama agak landai manakala selebihnya adalah laluan
bertangga sejauh 5km (lebih kurang 5200 anak tangga).
![]() |
Bermula pendakian melalui anak tangga |
Pada awalnya, kami masih jalan dalam satu
kumpulan, lama kelamaan, kumpulan kami berpecah kepada 3 kumpulan mengikut
kekuatan masing-masing. Saya tiba dalam kumpulan 2 pada jam 5.30 pagi waktu
tempatan dan kumpulan terkahir sampai tepat pada jam 6.00pagi. Sepanjang
perjalanan, terdapat banyak gerai2 kecil yang menjual makanan dan juga
menyediakan kemudahan tandas. Perlu diingat, semakin tinggi anda berada,
semakin mahal harga barangan dan juga harga untuk ke tandas. Lagi
mahal dari tandas KLCC groundfloor tu tau.
![]() | |
Menunggu matahari terbit. |
![]() |
Suasana di puncak ketika menunggu matahari terbit. |
Selesai melihat matahari terbit, kami berkumpul
ditempat di mana tapak kaki tersebut terletak. Tempat ini berkunci dan
dijaga oleh polis tempatan dan hanya dibuka pada jam 7.00 pagi. Pengunjung
tidak dibenarkan mengambil gambar pada tapak kaki tersebut. Ketika saya
melihat, ianya telah ditutup oleh kain dan ada perasaan sedikit kecewa waktu
itu kerana gambar yang saya lihat di internet ketika sebelum ianya ditutup amat
menakjubkan.
![]() |
Bayang-bayang piramid |
Selesai bergambar, kami pun turun. Saya agak
lewat ketika turun kerana terpaksa menemani isteri yang mengalami kesakitan
pada kaki dan juga masalah gayat bila melihat laluan curam ketika turun.
![]() |
Gambar membelakangi Adam's Peak |
Kami sampai di bawah sekitar jam 10:30 pagi.
Kami berehat, membersihkan diri dan kemudian meneruskan perjalanan menuju ke
Galle. Perjalanan ke Galle mengambil masa sekitar 4 jam. Dalam perjalanan kami
singgah makan di rest house ditepi sungai tempat pelancong berkayak dan
rafting.
![]() |
Porche Tractor |
Kami sampai di Galle sekitar jam 5:00 petang dan
bermalam di "guest house" yang terletak sekitar 10 minit berjalan
kaki ke Pantai Unawatuna. Galle adalah bandar yang berada di tepi laut yang
popular dengan activity nelayan dan memancing. Di bandar ini terdapat banyak
bangunan colonial peninggalan penjajah. Malam itu kami berjalan kaki di tepi
Pantai Unawatuna dan makan malam di sana. Selesai makan, kami pulng ke
guesthouse dan terus tidur.
Keesokkan paginya kami melawat "Old town of
Galle" yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Di sini
terdapat bangunan colonial kesan peninggalan penjajah. Kami melawat Galle Dutch
Fort, Galle Lighthouse, Clock Tower, Meeran Jumma Mosque, Flag Rock dan
berbagai bangunan lain.
Kami bersarapan di Roof Top
Restaurant yang terletak berhadapan dengan Flag Rock. Restaurant dua tingkat
ini menjamukan pemandangan laut yang indah di Galle ini. Terdapat pilihan makanan barat dan juga tempatan.
Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan ke
Bandar Colombo. Sampai di Colombo, pemandu van menunjukkan kami bangunan
Parlimen Sri Lanka yang dibina di dalam tasik, Monumen Sri Lanka, Colombo Tower
dan deretan bangunan hotel lima bintang yang dalam pembinaan di pinggir pantai
Colombo.
Sebelum sampai di Colombo, kami sempat singgah di satu shopping Mall, maaf terlupa nama. Kat situ boleh la sekiranya anda ingin membeli pakaian terutama sari dan juga souvenir untuk dibawa pulang.
![]() |
Contoh permata berserta sijil |
Sekiranya anda berminat untuk membeli permata, sila pastikan ianya dibeli ditempat yang betul dan mempunyai sijil pengeluaran. Anda boleh menukarbeli (trade-inn) semula di Sri Lanka ini sekiranya ingin menukarkannya kepada lebih besar atau sebarang perhiasan lain.
Setibanya
di Colombo, kami menginap di hotel sekitar Fattah. Check-in dan kami terus
keluar untuk membeli-belah sebelum pulang ke Malaysia.
Selesai berjalan-jalan dan membeli belah, kami
pulng ke hotel dan berkemas kerana akan ke lapangan terbang awal pagi
esoknya.
![]() |
upssss... perodua axia... |
![]() |
Suasana Colombo Airport |
Kami selamat tiba di Klia2 pada pukul 4.45
petang. Banyak lagi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Sri
Lanka ini, cuma masa yang amat terhad untuk kami melawat kesemuanya. InsyaAllah
kalau ada rezeki, kami akan ke sana semula.
Terima kasih....
IG : brados_banderas