Wednesday, 1 November 2017

Taal Volcano (Gunung Berapi Taal)



Gunung berapi Taal adalah sebuah gunung berapi yang kompleks di Pulau Luzon di Filipina. Letusan tertumpu di Pulau Gunung Api, yang di tengahnya terdapat Tasik Taal . Tasik Taal mengisi sebahagian Kaldera, yang dibentuk oleh letusan demi letusan sejak dahulu.Dilihat dari Banjaran Tagaytay, gunung berapi Taal dan Tasik menyajikan pemandangan yang indah dan menarik di Filipina. Ia terletak sekitar 50 km (31 batu) selatan ibu negara, bandar Manila .




Gunung berapi ini diperhati dan dikaji dari semasa ke semasa untuk menghindahi bencana alam yang lebih dahsyat. Gunung berapi ini masih aktif di Filipina dan sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik



Trip ke Taal ini, saya hanya pergi berempat.  Asalnya kami mengambil pakej open trip, tetapi disebabkan hanya kumpulan kami sahaja yang ada, maka van tersebut hanya mengambil kami terus dari hotel. Nak dijadikan cerita, disebabkan hanya saya seorang sahaja lelaki, maka saya pun tidur di bilik hotel berseorangan, dan mungkin terlalu penat selapas mendaki di pinatubo, saya terlewat bangun pada pagi itu. Saya dah pesan pada rakan-rakan, tetapi mereka lupa untuk kejutkan saya kerana mungkin mereka tahu yang saya ni seorang yang jarang-jarang tidak menepati masa.  Perjalanan sepatutnya dijangka pada pukul 6.00 pagi telah terlewat kepada 7.00 pagi.  Nasib baik hanya group kami, sekiranya bergabung dengan group lain, memang kene tinggal la saya nampaknya. 

Perjalan ke Green Resort (di tepi tasik Taal) mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Sebaik sampai, kami diberi sedikit taklimat perjalanan dan juga sedikit cerita sejarah mengenai gunung ini.

Selesai taklimat, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot menuju ke Kampung Talisay.  Walaupun ianya tasik, jangan disangka tidak berombak tau.



Bot yang kami naiki












 Sebaik sampai di Kampung Talisay kami melaporkan diri di Pejabat Gunung Taal. Ada 2 cara untuk ke Gunung Taal dari sini iaitu samada kita berjalan kaki atau menunggang kuda. Terdapat banyak kuda untuk disewa jika pengunjung tidak mampu berjalan ke gunung ini, dan kadar bayarannya pula adalah sekitar 600 Peso untuk pergi dan balik.

Tempat Pendaftaran

Resit Pembayaran 100Peso
 Setelah selesai proses pendaftaran, kami berjalan kaki menuju ke Gunung Taal.  Perlu diingat, sekiranya anda ada pilihan untuk menunggang kuda, ini bermakna anda akan melalui laluan yang berbau busuk dengan najis kuda tersebut.  Sila sediakan penutup hidung yang sesuai. 

Awal perjalanan melalui jalan kampung


Setelah hampir setengah jam berjalan, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati pemandangan sekeliling. Laluan agak terbuka dan panas. Sepanjang trek ke kawah tasik kami melihat panorama indah Tasik Taal. Dikatakan terdapat sekitar 47 puncak di Gunung Taal ini.



Kami hanya berehat untuk sepuluh minit sahaja dan kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Taal ini.  Pemandangan sepanjang perjalanan ini dipenuhi dengan debu kering.




Ini adalah pemandangan laluan perjalanan kami.  Sebelum sampai ke puncak, kami melalui satu stesen pemantau gerakan keaktifan gunung berapi ini.



Gambar diatas menunjukkan ruang gas gunung berapi yang keluar dari bawah tanah.  Sebenarnya kalau anda lihat dengan mata sendiri, anda akan melihat gas yang berwarna putih keluar dan kedengaran seperti bunyi angin yang agak kuat.

Setelah berjalan hampir 1 jam kami berjaya sampai di menara salah satu puncak Gunung Taal. Dari atas menara ini kami melihat sekitar Gunung Taal yang di kelilingi tasik.






Inilah pemandangan dari puncak gunung berapi taal, di tengah tasik ada gunung, di tengah gunung itu ada tasik, dan masih ada anak gunung berapi yang aktif ditengah tasik ditengah gunung tersebut.  Hanya yang datang melawat sahaja dapat mentafsirkan ayat ini.
Setelah hampir 2 jam berehat dan menikmati panorama indah, kami pun berjalan turun semula ke  tempat bot yang menunggu kami.
Kami menaiki bot semula dan menaiki van untuk pulang ke Manila.  Kepada yang melawat Manila, cubalah untuk ke gunung ini kerana ianya sangat unik dengan perjalanan yang santai.  
Sekian cerita Gunung Taal dari saya.

Tuesday, 31 October 2017

Gunung Pinatubo (Mount Pinatubo)

Gunung Pinatubo ialah sebuah gunung berapi pendam (masih aktif) yang terletak di kepulauan Luzon, Filipina. Ketinggiannya kini ialah 1485 mdpl.  Ketinggian asal gunung ini sebelum letupan berlaku pada tahun 1997 setinggi 1745 mdpl.  Letusan yang meragut banyak nyawa, menghancurkan puncak gunung, mengeluarkan lahar dan debu akhirnya menghadiahkan sebuah tasik yang indah untuk kita kunjungi.

Pinatubo Creater Lake


Saya telah mendaki ke gunung ini bersama 4 orang lagi rakan pada Januari 2017. Oleh kerana kumpulan yang kecil, jadi kami mengambil keputusan untuk menyertai trip terbuka yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan tempatan.  Kelebihan menyertai trip terbuka ini (open group), kita akan dapat bercampur dengan rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara lain.  Kita juga dapat menjimatkan kos pengangkutan sekiraya datang dengan kumpulan yang kecil.

Di Manila, kami berkumpul di Ortigas Center Manila seawal jam 2:00 pagi. Dari sini kami bertolak ke Base Camp di Botolan Zambales menaiki van dan perjalanan mengambil masa 3-4 jam tanpa henti. Kami sampai di Botolan Zambales sekitar jam 6:00 pagi. Di Base Camp ini kami mendengar sebentar taklimat dari tour agency dan membahagikan kumpulan mengikut kenderaan 4x4 yang disediakan.

4x4 di Botolan Base Camp
Selesai semua urusan kami memulakan perjalanan sekitar jam 06:45 pagi dan dari sinilah bermulanya perjalanan ke Gunung Pinatubo yang sebenar. Jarak dari Base Camp Botolan Zambales ke kawah Gunung Pinatubo sekitar 28 kilometer. Perjalanan menaiki 4x4 ini mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.



Perjalanan didalam 4x4


Inilah kami berlima, manakala yang bertutup kepala dengan kain putih itu ada guide kami. Bagi mereka yang kali pertama menaiki kenderaan 4x4 di kawasan hutan, ini mungkin akan menjadi kenangan manis buat mereka. Perjalanan bermula dengan terlihatnya matahari terbit tepat dari arah hadapan kenderaan kami.



Setelah hampir 15 minit perjalanan, kami berhenti seketika kerana terpaksa menunggu giliran untuk meredah sungai yang agak luas. Satu demi satu kenderaan 4x4 melalui sungai tersebut. Beberapa 4x4 telah tersangkut ditengah2 sungai termasuk 4x4 kami, namun telah dibantu oleh 4x4 lain untuk menarik kami keluar.


Inilah video yang sempat saya rakam ketika mengharungi sungai tersebut.  Setelah melepasi sungai tersebut, kesemua 4x4 berhenti dan berkumpul sementara menanti 4x4 terkahir melepasi sungai tersebut.  Di sini saya dapat melihat nilai-nilai murni dan kerjasama di kalangan pemandu-pemandu 4x4 tempatan yang sentiasa saling membantu antara mereka disamping memastikan keselamatan pelancong terjamin.

Berhenti seketika menunggu 4x4 terakhir melepasi sungai



Pemandu lain berlari memberikan bantuan

Pemandangan sekeliling ketika menunggu 4x4 terakhir melepasi sungai
Setelah kesemua 4x4 melepasi kawasan ini, kami meneruskan perjalanan hingga ke titik penghujung kawasan yang boleh dilalui kenderaan ini.  Kami melalui kawasan berpasir dan berdebu, kawasan curam dan kawasan tebing bukit hampir satu jam.  




Pacuan 4 roda ini akhirnya berhenti di satu kawasan yang terdapat pondok kecil dan beberapa bilik tandas iaitu di penghujung jalan yang boleh dilaluinya.

Tempat terakhir 4x4 dan tempat bermula pendakian
Setelah berehat seketika, kami memulakan pendakian ke tasik Gunung Pinatubo dengan mengikuti guide yang telah ditetapkan untuk kumpulan masing-masing. Dari sini kami mendaki sekitar 2 jam dengan jarak 7 kilometer.






Di awal pendakian kami melalui hutan sehingga sampai ke kampung orang asli. Di kampung ini terdapat beberapa buah rumah dan kami berehat seketika.



Ada jual aiskrim tau...




Setelah berehat dalam 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke tasik gunung pinatubo.  Kami melalui kawasan berbatu dan juga terpaksa melintasi anak-anak sungai.





 Kami berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke check-point terakhir. Anda dinasihatkan memakai kasut hiking yang sesuai kerana anda terpaksa berjalan di atas batu sungai sepanjang pendakian sehingga ke check-point terakhir.

Check-Point terakhir sebelum ke tasik gunung pinatubo


.

Tanda pada gambar tu menunjukkan anda akan tiba dalam masa 20 minit, tetapi mengikut jam saya atau mungkin saya berjalan agak perlahan, saya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tasik gunung pinatubo tersebut.  Setelah hampir 30 minit, akhirnya kumpulan kami sampai dengan selamat. Terpegun kami seketika melihat keindahan tasik yang dahulunya adalah puncak gunung yang bertukar menjadi tasik yang penuh kebiruan.



Setelah sampai,kami berehat sambil menikmati makan tengahari kami. Disebabkan tiada kedai di sini, mahupun disepanjang perjalanan kami  kami hanya makan sandwich sardin dan juga makanan ringan yang kami bawa dari hotel tempat kami menginap.




Setelah selesai makan dan berehat lebih kurang sejam, kami berkemas dan bergerak turun ke basecamp semula.

 Kami menaiki semula kenderaan 4x4 sehingga ke kem Botolan Zambales dan Alhamdulillah perjalanan menyeberangi sungai agak mudah kerana air sungai agak surut diwaktu petang.


Sebaik sampai sahaja di Kem Botolan Zambales, kami membersihkan diri dan bertolak ke Manila dengan menaiki van dan tiba di Manila lebih kurang pada pukul 10.00 malam.  Inilah cerita perjalanan ke Gunung Pinatubo.  InsyaAllah, saya akan datang semula, tetapi kali ini, saya akan bermalam di tasik tersebut untuk melihat keindahan malam pula.

Sekian..