Gunung Pinatubo ialah sebuah gunung berapi pendam (masih aktif) yang terletak di kepulauan Luzon, Filipina. Ketinggiannya kini ialah 1485 mdpl. Ketinggian asal gunung ini sebelum letupan berlaku pada tahun 1997 setinggi 1745 mdpl. Letusan yang meragut banyak nyawa, menghancurkan puncak gunung, mengeluarkan lahar dan debu akhirnya menghadiahkan sebuah tasik yang indah untuk kita kunjungi.
![]() |
Pinatubo Creater Lake |
Saya telah mendaki ke gunung ini bersama 4 orang lagi rakan pada Januari 2017. Oleh kerana kumpulan yang kecil, jadi kami mengambil keputusan untuk menyertai trip terbuka yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan tempatan. Kelebihan menyertai trip terbuka ini (open group), kita akan dapat bercampur dengan rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara lain. Kita juga dapat menjimatkan kos pengangkutan sekiraya datang dengan kumpulan yang kecil.
Di Manila, kami berkumpul di Ortigas Center Manila seawal jam 2:00 pagi. Dari sini
kami bertolak ke Base Camp di Botolan Zambales menaiki van dan perjalanan
mengambil masa 3-4 jam tanpa henti. Kami sampai di Botolan Zambales
sekitar jam 6:00 pagi. Di Base Camp ini kami mendengar sebentar taklimat
dari tour agency dan membahagikan kumpulan mengikut kenderaan 4x4 yang disediakan.
Selesai semua urusan
kami memulakan perjalanan sekitar jam 06:45 pagi dan dari sinilah bermulanya
perjalanan ke Gunung Pinatubo yang sebenar. Jarak dari Base Camp Botolan Zambales ke kawah Gunung Pinatubo sekitar
28 kilometer. Perjalanan menaiki 4x4 ini mengambil masa sekitar 1 jam 30
minit.
Inilah kami berlima, manakala yang bertutup kepala dengan kain putih itu ada guide kami. Bagi mereka yang kali pertama menaiki kenderaan 4x4 di kawasan hutan, ini mungkin akan menjadi kenangan manis buat mereka. Perjalanan bermula dengan terlihatnya matahari terbit tepat dari arah hadapan kenderaan kami.
Setelah hampir 15 minit perjalanan, kami berhenti seketika kerana terpaksa menunggu giliran untuk meredah sungai yang agak luas. Satu demi satu kenderaan 4x4 melalui sungai tersebut. Beberapa 4x4 telah tersangkut ditengah2 sungai termasuk 4x4 kami, namun telah dibantu oleh 4x4 lain untuk menarik kami keluar.
Inilah video yang sempat saya rakam ketika mengharungi sungai tersebut. Setelah melepasi sungai tersebut, kesemua 4x4 berhenti dan berkumpul sementara menanti 4x4 terkahir melepasi sungai tersebut. Di sini saya dapat melihat nilai-nilai murni dan kerjasama di kalangan pemandu-pemandu 4x4 tempatan yang sentiasa saling membantu antara mereka disamping memastikan keselamatan pelancong terjamin.
Pemandu lain berlari memberikan bantuan |
Pemandangan sekeliling ketika menunggu 4x4 terakhir melepasi sungai |
Setelah kesemua 4x4 melepasi kawasan ini, kami meneruskan perjalanan
hingga ke titik penghujung kawasan yang boleh dilalui kenderaan ini. Kami melalui kawasan berpasir dan berdebu, kawasan curam dan kawasan tebing bukit hampir satu jam.
Pacuan 4 roda ini akhirnya berhenti di satu kawasan yang terdapat
pondok kecil dan beberapa bilik tandas iaitu di penghujung jalan yang boleh
dilaluinya.
![]() |
Tempat terakhir 4x4 dan tempat bermula pendakian |
Setelah berehat seketika, kami memulakan pendakian ke tasik Gunung Pinatubo
dengan mengikuti guide yang telah ditetapkan untuk kumpulan masing-masing. Dari sini kami mendaki sekitar 2 jam dengan jarak 7 kilometer.
Di awal pendakian kami
melalui hutan sehingga sampai ke kampung orang asli. Di
kampung ini terdapat beberapa buah rumah dan kami berehat seketika.
![]() |
Ada jual aiskrim tau... |
Setelah berehat dalam 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke tasik gunung pinatubo. Kami melalui kawasan berbatu dan juga terpaksa melintasi anak-anak sungai.
Kami berjalan lebih kurang setengah jam untuk sampai ke check-point terakhir. Anda dinasihatkan memakai kasut hiking yang sesuai kerana anda terpaksa berjalan di atas batu sungai sepanjang pendakian sehingga ke check-point terakhir.
![]() | ||||||||
Check-Point terakhir sebelum ke tasik gunung pinatubo | . |
Tanda pada gambar tu menunjukkan anda akan tiba dalam masa 20 minit, tetapi mengikut jam saya atau mungkin saya berjalan agak perlahan, saya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tasik gunung pinatubo tersebut. Setelah hampir 30 minit, akhirnya kumpulan kami sampai dengan selamat. Terpegun kami seketika melihat keindahan tasik yang dahulunya adalah puncak gunung yang bertukar menjadi tasik yang penuh kebiruan.
Setelah sampai,kami berehat sambil menikmati makan tengahari kami. Disebabkan tiada kedai di sini, mahupun disepanjang perjalanan kami kami hanya makan sandwich sardin dan juga makanan ringan yang kami bawa dari hotel tempat kami menginap.
Setelah selesai makan dan berehat lebih kurang sejam, kami berkemas dan bergerak turun ke basecamp semula.
Kami menaiki semula kenderaan 4x4 sehingga ke kem Botolan Zambales dan Alhamdulillah perjalanan menyeberangi sungai agak mudah kerana air sungai agak surut diwaktu petang.
Sebaik sampai sahaja di Kem Botolan Zambales, kami membersihkan diri dan bertolak ke Manila dengan menaiki van dan tiba di Manila lebih kurang pada pukul 10.00 malam. Inilah cerita perjalanan ke Gunung Pinatubo. InsyaAllah, saya akan datang semula, tetapi kali ini, saya akan bermalam di tasik tersebut untuk melihat keindahan malam pula.
Sekian..
No comments:
Post a Comment