Wednesday, 1 November 2017

Taal Volcano (Gunung Berapi Taal)



Gunung berapi Taal adalah sebuah gunung berapi yang kompleks di Pulau Luzon di Filipina. Letusan tertumpu di Pulau Gunung Api, yang di tengahnya terdapat Tasik Taal . Tasik Taal mengisi sebahagian Kaldera, yang dibentuk oleh letusan demi letusan sejak dahulu.Dilihat dari Banjaran Tagaytay, gunung berapi Taal dan Tasik menyajikan pemandangan yang indah dan menarik di Filipina. Ia terletak sekitar 50 km (31 batu) selatan ibu negara, bandar Manila .




Gunung berapi ini diperhati dan dikaji dari semasa ke semasa untuk menghindahi bencana alam yang lebih dahsyat. Gunung berapi ini masih aktif di Filipina dan sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik



Trip ke Taal ini, saya hanya pergi berempat.  Asalnya kami mengambil pakej open trip, tetapi disebabkan hanya kumpulan kami sahaja yang ada, maka van tersebut hanya mengambil kami terus dari hotel. Nak dijadikan cerita, disebabkan hanya saya seorang sahaja lelaki, maka saya pun tidur di bilik hotel berseorangan, dan mungkin terlalu penat selapas mendaki di pinatubo, saya terlewat bangun pada pagi itu. Saya dah pesan pada rakan-rakan, tetapi mereka lupa untuk kejutkan saya kerana mungkin mereka tahu yang saya ni seorang yang jarang-jarang tidak menepati masa.  Perjalanan sepatutnya dijangka pada pukul 6.00 pagi telah terlewat kepada 7.00 pagi.  Nasib baik hanya group kami, sekiranya bergabung dengan group lain, memang kene tinggal la saya nampaknya. 

Perjalan ke Green Resort (di tepi tasik Taal) mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Sebaik sampai, kami diberi sedikit taklimat perjalanan dan juga sedikit cerita sejarah mengenai gunung ini.

Selesai taklimat, kami memulakan perjalanan dengan menaiki bot menuju ke Kampung Talisay.  Walaupun ianya tasik, jangan disangka tidak berombak tau.



Bot yang kami naiki












 Sebaik sampai di Kampung Talisay kami melaporkan diri di Pejabat Gunung Taal. Ada 2 cara untuk ke Gunung Taal dari sini iaitu samada kita berjalan kaki atau menunggang kuda. Terdapat banyak kuda untuk disewa jika pengunjung tidak mampu berjalan ke gunung ini, dan kadar bayarannya pula adalah sekitar 600 Peso untuk pergi dan balik.

Tempat Pendaftaran

Resit Pembayaran 100Peso
 Setelah selesai proses pendaftaran, kami berjalan kaki menuju ke Gunung Taal.  Perlu diingat, sekiranya anda ada pilihan untuk menunggang kuda, ini bermakna anda akan melalui laluan yang berbau busuk dengan najis kuda tersebut.  Sila sediakan penutup hidung yang sesuai. 

Awal perjalanan melalui jalan kampung


Setelah hampir setengah jam berjalan, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati pemandangan sekeliling. Laluan agak terbuka dan panas. Sepanjang trek ke kawah tasik kami melihat panorama indah Tasik Taal. Dikatakan terdapat sekitar 47 puncak di Gunung Taal ini.



Kami hanya berehat untuk sepuluh minit sahaja dan kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Taal ini.  Pemandangan sepanjang perjalanan ini dipenuhi dengan debu kering.




Ini adalah pemandangan laluan perjalanan kami.  Sebelum sampai ke puncak, kami melalui satu stesen pemantau gerakan keaktifan gunung berapi ini.



Gambar diatas menunjukkan ruang gas gunung berapi yang keluar dari bawah tanah.  Sebenarnya kalau anda lihat dengan mata sendiri, anda akan melihat gas yang berwarna putih keluar dan kedengaran seperti bunyi angin yang agak kuat.

Setelah berjalan hampir 1 jam kami berjaya sampai di menara salah satu puncak Gunung Taal. Dari atas menara ini kami melihat sekitar Gunung Taal yang di kelilingi tasik.






Inilah pemandangan dari puncak gunung berapi taal, di tengah tasik ada gunung, di tengah gunung itu ada tasik, dan masih ada anak gunung berapi yang aktif ditengah tasik ditengah gunung tersebut.  Hanya yang datang melawat sahaja dapat mentafsirkan ayat ini.
Setelah hampir 2 jam berehat dan menikmati panorama indah, kami pun berjalan turun semula ke  tempat bot yang menunggu kami.
Kami menaiki bot semula dan menaiki van untuk pulang ke Manila.  Kepada yang melawat Manila, cubalah untuk ke gunung ini kerana ianya sangat unik dengan perjalanan yang santai.  
Sekian cerita Gunung Taal dari saya.

No comments:

Post a Comment