Salam sejahtera... kali ni saya nak bercerita pengalaman ke Bangkok menaiki keretapi dari Kuala Lumpur. Sebenarnya boleh je nak ke Bangkok menaiki kapal terbang, tetapi disebabkan ingin mengetahui cara-cara pelepasan kastam dengan menaiki keretapi, Oleh itu saya mencuba dengan menaiki keretapi ke negara jiran.
Antara sebab lain saya menaiki keretapi ialah ingin mendapat suasana perjalanan kerana saya mempunyai perancangan untuk melakukan trans-indochina dan jika ada rezeki lebih, saya akan melakukan trans-siberia.
Perjalanan bermula dari KL-Sentral ke Padang Besar dgn menaiki ETS pada jam 11.27 malam dari KL Sentral.
Saya tiba di KL sentral pada jam 10.00 malam. Nasib saya mungkin kurang baik kerana berlakunya keretapi tegelincir beberapa hari lepas membuatkan berlakunya kelewatan dan juga pertukaran stesen pelepasan.

Perjalanan bermula dari KL-Sentral ke Padang Besar dgn menaiki ETS pada jam 11.27 malam dari KL Sentral.
Saya tiba di KL sentral pada jam 10.00 malam. Nasib saya mungkin kurang baik kerana berlakunya keretapi tegelincir beberapa hari lepas membuatkan berlakunya kelewatan dan juga pertukaran stesen pelepasan.

Disebabkan kemalangan ini, laluan di bank negara masih ditutup dan kesemua penumpang dari utara mahupun selatan terpaksa menaiki bas yang disediakan oleh pihak KTM utk bertukar dari Stesen KL Sentral dan juga Sungai Buloh. Saya juga tidak terkecuali dan terpaksa menaiki bas ke stesen Sungai Buloh.


Perjalanan mengikut jadual adalah pada pukul 11.27 malam, namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, tren ETS saya telah ditangguhkan. Saya menaiki bas pada jam 1.45pagi dan bas bertolak ke stesen Sungai Buloh pada pukul 2.00pg. Maka bersantailah saya di KL Sentral sambil menunggu bas tiba.


Setibanya di Sungai Buloh saya terus menaiki tren ETS yg telah tersedia menunggu bas kami sampai.

Alhamdulillah.. dapat juga saya menaiki ETS ini buat kali pertama. Sebaik meletakkan beg saya, saya terus terlelap kerana kepenatan. Saya tiba di Stesen Padang Besar lebih kurang jam 8.00 pagi. Tanpa buang masa, saya terus mencari sarapan pagi di kantin stesen keretapi itu juga.

Selepas sarapan pagi, saya cuba untuk mencari tempat untuk mandi, pada awalnya ingin mandi di tandas stesen tetapi keadaan kurang menyelerakan, maka saya mengambil keputusan untuk mencari hostel atau motel terdekat. Saya berjalan keluar dan menuju ke arah pekan, kelihatan ada motel yang berhadapan dengan balai polis padang besar dan saya mendaftar disitu.


Harga bilik ni RM50.. tetapi tiada had waktu untuk check-out.. so saya boleh mandi dan tinggalkan barang-barang untuk keluar sementara menunggu train ke Bangkok pada pukul 6.00ptg. Selesai mandi dan menukar pakaian, saya pun berjalan-jalan di sekitar bazar Padang Besar sementara menunggu petang.


Selesai berjalan dan makan tengahari, saya kembali ke motel utk berehat dan mandi. Lebih kurang 3.00ptg, saya terus ke stesen keretapi Padang Besar semula untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok.



Train ke Bangkok adalah pada pukul 6.00ptg. Saya telah membeli tiket lebih awal secara online. Tetapi anda perlu tahu, waktu pada tiket tersebut adalah mengikut waktu Thailand iaitu sejam lewat dari waktu Malaysia. Untuk pengetahuan, train terus ke Bangkok hanya ada satu sahaja setiap hari. Tetapi train ke hatyai ada dua kali sehari. Di Padang Besar, saya perlu mendapatkan cop keluar pada passport saya. Untuk terus ke Bangkok, passport masuk ke Thailand hendaklah di cop di Padang Besar. Manakala ke Hatyai, cop memasuki Thailand hanya di buat di imigresen Hatyai. Perlu diingat, imigresen Thailand akan tutup pada jam 4.30ptg.


Sewaktu menunggu train sampai, saya telah disapa oleh seorang warga Thai yang menjual simkad Thailand dan juga makanan dia dalam train. Harga simkad yang saya beli ialah 170bath untuk data tanpa had selama 5 hari. Untuk makanan, anda dinasihatkan membeli makanan dari Padang Besar kerana makanan yang dijual selepas Hatyai adalah tidak halal. Saya hanya perlu memilih makanan dari menu yang diberi, dan makanan akan dihantar ketika dalam perjalanan.



Train memulakan perjalanan mengikut jadual. Saya hanya duduk dan sempat memerhatikan pemandangan perjalanan lebih kurang satu jam sebelum malam tiba.


Pada waktu siang.. pasangan kerusi adalah antara pemilik katil atas dan juga bawah. Harga untuk katil bawah lebih mahal dari katil atas kerana ianya lebih luas dan selesa ketika tidur. Manakala katil atas lebih sempit dan tidak dapat melihat pemandangan luar.
Selepas satu jam perjalanan, makanan kami tiba. Pembantu train meneyediakan meja makan untuk saya. Selepas hampir satu jam perjalanan, makanan yang saya tempah telah tiba. Pembantu kabin membuka meja untuk saya untuk meletakkan makanan.


Selesai makan.. saya berehat seketika dan berbual-bual dengan rakan saya. Setibanya di Hatyai, tren berhenti agak lama kerana tren ini bergabung dengan tren dari arah lain menjadikan tren ini lebih panjang. Setelah tren memulakan perjalanan semula, saya meminta pembantu kabin menyediakan tempat tidur saya. Hanya beberapa minit tempat tidur saya telah siap.
Selesai katil saya dipasang, saya pun melabuhkan badan saya yang agak keletihan ini. Selesa sungguh dapat berbaring beralaskan tilam dan bantal. Anda tidak perlu takut terlepas stesen untuk turun kerana pembantu kabin akan memgejutkan anda 15 minit sebelum train anda sampai ke destinasi anda.
Di sini saya kongsikan sedikit gambar situasi di dalam train pada waktu malam.

Katil Bawah


Power point


Cabin Kelas 3
Lebih kurang jam 5 pagi waktu Thailand, saya tersedar dari tidur. Saya pun basuh muka dan gosok gigi pada sinki yang disediakan pada setiap kabin. Nak mandi dalam tandas pun boleh, cuma saya agak kurang selesa kerana saiz tandas yang terlalu kecil.
Sinki untuk membasuh tangan, muka dan menggosok gigi.
Merokok hanya dibenarkan di kabin kelas 3 sahaja. Perlu diingat, merokok membahayakan kesihatan.
Ketika waktu pagi, saya dapat melihat keindahan pemandangan sawah padi dan juga gunung ganang disepanjang perjalanan ke Bangkok.










Pada waktu malam, tren hanya akan berhenti di stesen-stesen besar sahaja, manakala pada waktu siang, tren lebih kerap berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Sinki untuk membasuh tangan, muka dan menggosok gigi.

Merokok hanya dibenarkan di kabin kelas 3 sahaja. Perlu diingat, merokok membahayakan kesihatan.
Ketika waktu pagi, saya dapat melihat keindahan pemandangan sawah padi dan juga gunung ganang disepanjang perjalanan ke Bangkok.










Pada waktu malam, tren hanya akan berhenti di stesen-stesen besar sahaja, manakala pada waktu siang, tren lebih kerap berhenti untuk menurunkan dan mengambil penumpang.
Lebih kurang pukul 11.00 pagi, saya tiba di Stesen Keretapi Bangkok.



Saya berjalan keluar untuk mendapatkan teksi atau tuk-tuk untuk ke Khaosan Road. Saya memilih untuk menginap di Khaosan Road kerana ianya merupakan kawasan tertumpunya pelancong backpacker yang mane terdapat hotel dan juga hostel yang murah. Disamping itu, kawasan itu juga agak meriah pada waktu malam yang mana terdapat pasar malam dan juga bar-bar di sepanjang jalan tersebut. Tetapi kepada mereka yang lebih suka tempat sunyi, Khaosan Road adalah tidak sesuai untuk anda.
Saya memilih untuk menaiki tuk-tuk kerana tuk-tuk kerana ianya lebih mudah untuk mencelah ketika jalan sesak.



Saya berjalan keluar untuk mendapatkan teksi atau tuk-tuk untuk ke Khaosan Road. Saya memilih untuk menginap di Khaosan Road kerana ianya merupakan kawasan tertumpunya pelancong backpacker yang mane terdapat hotel dan juga hostel yang murah. Disamping itu, kawasan itu juga agak meriah pada waktu malam yang mana terdapat pasar malam dan juga bar-bar di sepanjang jalan tersebut. Tetapi kepada mereka yang lebih suka tempat sunyi, Khaosan Road adalah tidak sesuai untuk anda.
Saya memilih untuk menaiki tuk-tuk kerana tuk-tuk kerana ianya lebih mudah untuk mencelah ketika jalan sesak.
Setibanya di Khaosan Road, terdapat beberapa hostel yang boleh saya menginap di sekitar harga 400bath semalam, namun saya memilih untuk menginap di hotel budget kerana tidak perlu berkongsi tandas dengan pelancong lain. Saya menginap di hotel budget dengan harga 700bath satu malam.
Sedang saya berjalan mencari hotel yang sesuai, saya disapa oleh beberapaorang pemandu pelancong, kebanyakan mereka akan bertanyakan tempat-tempat yang saya ingin lawati. Saya menerangkan program perjalanan saya yang mane saya sepatutnya akan bermalam di Khaoyai pada malam esoknya. Oleh kerana harga yang mereka tawarkan agak mahal, saya pun menolak semua pelawaan. Tetapi, tiba-tiba ada seorang lagi menyapa saya (Mr Chon) dan memberikan saya harga yang sangat murah untuk ke semua tempat yang saya ingin pergi tanpa saya perlu menukar tempat penginapan pada malam esoknya. Saya agak terperanjat dengan harga yang ditawarkan dengan menaiki toyota camry selama 4 hari saya di Bangkok sehingga saya pulang ke Lapangan Terbang Bangkok. Nak tahu harga, sila mesej pada Instagram saya @brados_banderas.

Saya terus membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Chon. Saya meminta Chon menunggu saya 2 jam kerana saya ingin mandi dan makan tengahari. Saya hanya makan tengahari di satu kedai Indian Halal Food berseberang jalan dengan hotel saya menginap. Saya hanya makan sayur campur, kari ikan dan juga nasi putih.

Selesai makan, Chon membawa saya berjalan-jalan disekitar Bangkok sahaja menandangkan masa tidak mengizinkan untuk berjalan jauh kerana untuk mengelakkan kesesakan ketika waktu balik dari kerja.




Di Bangkok, kelihatan banyak bangunan kuil-kuil Budha. Saya hanya singgah untuk mengambil gambar di kawasan luar sahaja. Selesai melihat sekitar kuil ini, Chon mengajak saya untuk pergi ke GEMS Gallery iaitu kilang permata dan berlian. Saya dapat melihat bagaimana tukang emas membuat cincin dengan menggukan tangan. Ternyata ianya kerja yang amat halus dan menerlukan ketekunan dan kesabaran yang amat tinggi.



Saya ke sini hanya melihat-lihat sahaja, tak mampu nak beli, dalam hati berkata...nasib isteri saya tak ikut... hahahhahahahahahhah.... selesai melihat, saya pun pulang ke Khaosan Road. Pada pukul 5.00 petang, Khaosan road akan ditutup untuk memberi laluan kepada pasar malam. Jadi Chon hanya menghantar saya ke simpang Khosan Road dan saya berjalan sendiri menuju ke hotel.

Saya terus membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Chon. Saya meminta Chon menunggu saya 2 jam kerana saya ingin mandi dan makan tengahari. Saya hanya makan tengahari di satu kedai Indian Halal Food berseberang jalan dengan hotel saya menginap. Saya hanya makan sayur campur, kari ikan dan juga nasi putih.

Selesai makan, Chon membawa saya berjalan-jalan disekitar Bangkok sahaja menandangkan masa tidak mengizinkan untuk berjalan jauh kerana untuk mengelakkan kesesakan ketika waktu balik dari kerja.




Di Bangkok, kelihatan banyak bangunan kuil-kuil Budha. Saya hanya singgah untuk mengambil gambar di kawasan luar sahaja. Selesai melihat sekitar kuil ini, Chon mengajak saya untuk pergi ke GEMS Gallery iaitu kilang permata dan berlian. Saya dapat melihat bagaimana tukang emas membuat cincin dengan menggukan tangan. Ternyata ianya kerja yang amat halus dan menerlukan ketekunan dan kesabaran yang amat tinggi.



Saya ke sini hanya melihat-lihat sahaja, tak mampu nak beli, dalam hati berkata...nasib isteri saya tak ikut... hahahhahahahahahhah.... selesai melihat, saya pun pulang ke Khaosan Road. Pada pukul 5.00 petang, Khaosan road akan ditutup untuk memberi laluan kepada pasar malam. Jadi Chon hanya menghantar saya ke simpang Khosan Road dan saya berjalan sendiri menuju ke hotel.
Dalam perjalanan, saya melihat kedai-kedai disepanjang jalan tersebut. Saya melihat banyak kedai yang membuat suit, saya pun singah dan bertanyakan harga. Saya dapati, harga di Bangkok lebih murah dari harga di Phuket. Akhirnya saya terjebak juga dengan menempah 5 helai kemeja lengan panjang dan 3 helai seluar dengan harta 7000bath walaupun sebenarnya menempah baju tiada di dalam plan asal saya.
Setelah selesai mengambil ukuran, saya pun pulang ke hotel untuk mandi. Selesai mandi saya pun keluar mencari makanan untuk makan malam. Agak sukar untuk mencari makanan halal di sekitar Khaosan Road ini. Tidak banyak pilihan. Disebabkan terlalu lapar, saya terjumpa penjual roti canai lalu saya membeli untuk sekadar mengisi perut.


Selesai makan, saya pun berjalan-jalan mencari kedai halal. Saya terjumpa kedai seafood milik Pakistan, dan tanpa buang masa saya pun terus makan di situ.

Selesai makan, saya pun pulang ke hotel. Saya tidak berjalan-jalan pada malam ini kerana keesokan harinya, Chon akan mengambil saya pada jam 5.00pagi kerana perjalanan ke Khao Yai mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidur awal.
Keesokan harinya, tepat jam 5.00 pagi, Chon sudah menunggu saya di hadapan hotel saya menginap. Saya masuk ke kereta dan memerhatikan keadaan sekeliling jalan yang masih lagi meriah dengan pub-pub yang baru ditutup.


Chon memulakan perjalanan sebaik sahaja kami masuk ke kereta. Saya hanya bersembang dalam setengah jam, kemudian saya pun sambung tidur kerana masih terlalu awal. Lebih kurang jam 7.00pagi, kami telah tiba di Saraburi, iaitu satu kawasan sebelum Khao Yai. Saya berhenti untuk melihat bunga matahari yang sedang bekembang mekar. Ini kali ke dua saya melihat ladang bunga matahari, yang pertama adalah masa saya ke Kunming pada tahun 2000.




Bayaran untuk masuk ke ladang ini ialah 10bath. Selesai bergambar dan merasa kuaci bunga yang diberikan, saya pun beredar menuju ke Khao Yai. Lebih kurang 30 minit, saya sudah tiba di daerah Khao Yai, Chon memandu perlahan untuk mencari PRIMO PIAZZA.
Primo Piazza Khaoyai adalah tempat yang memberi ketenangan yang tidak dapat dilupakan dengan suasana alam semula jadi. Pemandangan menakjubkan, seni bina Itali yang elegan, dan suasana yang selesa menjadikan Primo Piazza menjadi tempat yang mesti dilawati di Khaoyai. Pengunjung menghabiskan masa yang tidak dapat dilupakan dengan meneroka cenderahati yang menarik, dan haiwan peliharaan yang menawan yang akan menjadikan setiap pengalaman Primo Piazza mereka benar-benar unik dan bermakna.


Bayaran masuk adalah 200bath untuk orang dewasa dan 100bath untuk kanak-kanak.









Selepas lebih kurang sejam di sini, saya pun keluar dan pergi ke lokasi seterusnya iaitu Palio Village. Palio adalah sebuah pusat membeli-belah yang indah, 220km di timur laut Bangkok, bertema di sekitar sebuah desa Tuscan di mana pelawat dapat melihat gabungan pakaian, hadiah, makanan ringan, hiburan dan beberapa lagi gerai.
Apabila memasuki kawasan Palio ini, saya dapat melihat bangunan-bangunan terakotta yang mengagumkan yang dialuni dengan muzik Mediterranean. Terdapat banyak pokok-pokok bunga dan pokok-pokok yang menjalar yang menambahkan lagi keindahan kawasan ini. Di mana-mana sahaja anda melihat anda dapat melihat bunga tergantung, pagar hiasan, dinding istana abad pertengahan dan kerusi yang banyak untuk pelawat untuk duduk dan menikmati pemandangan.









Selepas selesai berjalan-jalan di sini, saya pun meneruskan perjalanan ke 'The Bloom' iaitu tempat untuk melihat bunga. Saya ni bukannya mat bunga, tetapi disebabkan di Thailand waktu ini adalah musim bunga, jadi saya cuba-cuba la melihat apa yang orang kata cantik sangat tempat ni bila musim bunga.















Plan asal selepas ke sini ialah ke chocolate factory, tetapi bila fikir balik,, saya pun dah selalu ke chocolate factory di Perth, saya pun mengubah plan untuk balik ke Bangkok kerana mahu mengelakkan kesesakkan di waktu puncak. Dalam perjalanan, saya singgah makan tengahari di Ayah Restaurant. Selepas makan, saya terus menuju pulang ke Bangkok.

Tiba di Khaosan Road, saya terus menuju ke kedai saya menempah baju untuk membuat 'fitting'. Selesai 'fitting' saya pulang ke hotel untuk mandi dan berehat sebentar.

Jam 8 malam, saya keluar untuk makan malam. Saya mencuba kedai makanan berhampiran hotel. Kedai ni berada bersebelahan Khaosan Road. Agak sukar untuk perasan kerana tiada signboard, cuma tanda halal kecik sahaja kerana kedai tidaklah besar seperti restoran-restoran lain.


Selesai makan, saya hanya berjalan-jalan sekitar Khaosan Road. Waktu ini boleh dikatakan agak kurang sibuk berbanding tengah malam. Disebabkan tiada apa-apa plan pada malam ini, saya pun masuk ke satu pub untuk melihat pertunjukan live band. Saya pulang ke bilik lebih kurang pukul 1.00 pagi.

Suasana malam Khaosan Road
Keesokan harinya, Chon mengambil saya pada jam 8.00 pagi. Program saya ialah melawat 'floating market'. Perjalanan dari Khaosan Road mengambil masa lebih kurang satu jam. Tiket untuk menaiki bot ini adalah 2000bath untuk satu bot bagi perjalanan satu jam dan 3000bath untuk perjalanan 2 jam. Harga ini adalah untuk mereka yang datang menggunakan pemandu persendirian.








Setelah selesai melihat sekeliling, saya pun pulang semula ke Bangkok. Saya meminta Chon menghantar saya ke shopping Mall MBK Center kerana disitu adalah tempat berbelanja terbesar dan paling murah. Di sekitar MBK Center pula, ada juga shopping Mall lain yang boleh anda kunjungi.




Di dalam MBK Center ini, terdapat banyak kedai halal yang kita boleh perolehi. Kesemuanya di kawasan Food Court. Antara kedai halal yang paling popular ialah Yana Restaurant. Tanda arah untuk ke restaurant ini anda boleh lihat pada lantai tingkat foodcourt itu.





Selesai makan, saya berjalan-jalan di dalam MBK Center ini untuk mencari sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga dijamin murah dari mana-mana tempat. Setelah selesai membeli, saya berjalan kaki menuju ke Hard Rock Cafe. Saya banyak menyimpan koleksi-koleksi HRC seperti T-shirt, topi, gelas, pemetik gitar, guitar strap, drum stick dan beberapa lagi barang-barang HRC.




Selesai membeli, saya pun pulang ke Khaosan Road menaiki tuk-tuk. Saya meminta Chon pulang setelah menghantar saya ke MBK Center kerana saya tidak tahu berapa jam saya akan berada di sini. Harga tuk-tuk agak mahal sedikit kerana jalan sangat sesak untuk ke Khaosan Road iaitu 200bath untuk perjalanan lebih kurang 6km.
Sampai di Khaosan Road, saya singgah untuk mengambil baju tempahan, tetapi ada sedikit kesilapan pada sulaman nama saya, saya meminta kedai tersebut menjahit semula. kemudian saya ke hotel untuk mandi dan berehat seketika. Jam 8.00 malam, saya pun keluar untuk makan malam.
Saya menaiki tuk-tuk menuju ke Talad Downtown night market dengan bayaran 200bath. Sangat besar, tetapi tiada makanan halal. saya terpaksa menggunakan aplikasi Muslim Pro untuk mencari kedai makanan halal. Saya berjalan lebih kurang 1km dan berjumpa dengan kadai makan halal.


Setelah selesai makan, saya berjalan-jalan semula di Neon Downtown Night Market.


Selesai berjalan,saya pulang ke Khaosan Road semula. Disebabkan mlm ini adalah malam terakhir, terasa rugi pula kalau terus tidur, Saya mengambil keputusan untuk menonton live band. Live Band yang ini lebih baik dari live band malam semalam. lebih kurang 1.00 pagi, saya pulang ke hotel dan terus tidur.
Flight balik saya pada pukul 6.00 petang, saya masih ada masih ada masa untuk berjalan-jalan sekitar hotel saya menginap. Saya keluar hotel dan berjalan menuju ke kawasan Istana Raja Thailand. Saya hanya sekadar bergambar di luar kerana kesuntukan masa. Saya perlu mengambil kemeja saya dah perlu check-out hotel pada jam 12.00 thari



Untuk masuk, anda perlu beratur, tetapi perlu diingat, selipar tidak dibenarkan sama sekali. Pada awalnya, saya tidak dibenarkan masuk, tetapi disebabkan saya pelancong luar, dan saya merayu dan memberi alasan akan pulang ke Malaysia petang ni, dan atas budibicara, saya dibenarkan masuk untuk melawat sekeliling.





Lebih kurang satu jam mengelilingi kawasan istana ini, saya pun pulang mengambil baju tempahan dan checkout hotel. Saya makan thari dulu di Khaosan Road sementara menunggu Chon datang untuk menghantar saya ke lapangan terbang.




Saya menaiki Thai Smiles airways untuk penerbangan balik ke Malaysia. Harga 3000bath termasuk 30kg bagasi dan makan. Anda perlu memohon makanan halal 48 jam sebelum penerbangan secara online. Saya terlupa untuk memohon secara online kerana pengalaman saya menaiki Thai Airways sebelum ni, hanya perlu memohon ketika check-in. Namun Alhamdulillah, kesemua makanakan yang disediakan adalah halal. Lebih kurang pukul 9.30malam, saya tiba di KLIA.
Sebarang pertanyaan, sila 'Direct Message' ke IG saya @brados_banderas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAwak komen apa yek.. saya tak remove... tp ada tulis remove bu author pulak
Deletehi.boleh bagi link beli tiket train online tu x?
ReplyDeleteTolong
ReplyDeleteMacam mana mau order girl di thailand
ReplyDelete